Wednesday, November 30, 2011

spagethi bolognese


ini la breakfast aku pagi ni..actually ini left over food last nite..kira aku masak utk pengantin baru..diorang singgah umah aku....niat di hati nak buat roasted chicken..beria2 menanya2 resepi....last2 dorang sampai nak tgh malam..last2 aku bukak tin preggo ar..apa lagi... 30 minit dah siap...

1 pack spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
2 labu bawang besar (yg kaler kuning tu)
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato (di potong dadu)
1 tin button mushroom
500 gm minced beef/chicken (ai guna yg jenama ramli tuh) dia memang ada rasa masin n berperisa
1 tin Prego
1 tin air (sukat guna tin tadi)
daun basil kering
Sedikit margerine/butter
Cara-cara 1.Dalam satu periuk, rebus air + sesudu margerine. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak dlm 5-6 minit (ikut arahan pada bungkusan spaghetti itu) 2.Sementara biar spaghetti tu masak, potong dadukan bwg besar (kecil-kecil) dan cincang halus bawang putih. 3.Masukkan sedikit margerine (dlm 3-4 sudu besar) ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan. 4.Masukkan pula bawang besar yg telah dipotong dadu kecil2 tadi. Biarkan bwg masak sekejap. 5.Masukkan daging/ayam kisar tadik. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api. 6.masukkan tomato tadi masak layu..Buka tin cendawan tadi, quarterkan (potong empat) cendawan butang. Basuh dan masukkan dalam periuk. 7.Buka tin prego, campurkan dalam periuk itu. Kemudian, masukkan air dalam tin tu, dan tuang dlm periuk tu jugak. 8.Tambahkan basil/bay leaves dalam masakan. 9.Letakkan garam secukup rasa. 10.Carikkan2 kan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk. 11.Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu adjust la rasa secukupnya (garam) 12.Angkat spaghetti yg dah masak dan toskan.

Wednesday, November 23, 2011

Twilight Breaking Dawn


Mesti ramai antara blogger kita penah dgr pasal cerita twilight ni... aku memang peminat sekuel filem ni... aku mula2 perasan pasal cerita romantis ni..itu pun masa filem kedua kelua..so aku tgk yg no 2 dulu baru yg first..hihihi..ketinggalan kan... pada laki cerita ni..mcm lembab..dorang org lelaki ni mana tau lomantik2 ni..tak paham jiwa perempuan lah...hihihi... kalu tanya mana2 laki lah..mesti diorang kata..mmmm boringgggggg!!! ahhh biar ar...dengki!!!


aku memang minat sikit cerita yang ada pontianak serigala2 bagai ni.. dulu underworld..habis 4 movie sekuel dorang kami laki binik tgk..beria2 sampai tgk wayang...ada la few lain jugak la..kalu yg ada vampire2 ni..aku mesti sibuk nk tgk..lagi pun life vampire ni..mcm best..dah la cun2 antu perempuan nya.. Van helsing...eh betul ke eja... itu pun aku tgk gak...

aku yg omputeh punya puntianak aku nak la tgk..sebab antunya masih ada rupa org..kalu melayu punya ker..indonesia punya ker..ya allah... sampai ke sudah!! mampus aku takkan tgk!!! aku pernah tgk jgn pandang belakang tu..berbulan aku fobia...hahahaha....penakut kan..dari mula sampai abis la aku tutup muka... silap2 aku blah..daripada jantung aku meletop di tempat kejadian....baik aku gi jln2 shoping...


ok berbalik pasal cerita ni... menurut paper metro arini..  wartawannya yg buat review Hellini Sina...kata cerita akan mula menemui penonton esok...haaah.!! esok...best2nya.. sapa nak ajak aku pergi ni...tolong laaa... dia kata ini bahagian terakhir dlm filem ni..sebab buku ni dah habis dah muka suratnya..dah sampai penghujung... penulis buku ni Stephenie Meyer...
Menurut sumber Box office Report filem ni dah mencapai 9.9 million pada hari isnin lepas...sempena kan budak2 remaja dah mula bercuti utk musim sejuk... filem ni dah start ditayangkan pada 18.11.11 aritu.. dasyat kan..ala..baru 4 hari dah dpt kutipan byk tu...sebenarnya selain jalan cerita dia yg kuat n lomantik.. hero2 yg di pilih pun..bukan calang nak mampus hensem...hiihii...pandai cari modal kan pengarah dia ni...ish ish ish... jgn kata org muda..org kertu mcm aku pun minat gakkk..ahahahaha....


kawin jugak dorang ni..aku punya la bengang..lambat nor... sampai aku rasa mcm tak sabo2 nak tgk sambungan filem... aku riso si jacob tu yg dpt tackle bella ni..heheheh...padan muka adik aku..salah teka..kan akak dah kata..mesti edward la bella pilih..bella ni sama gatai..dua2 dia nak..lempang kang!! tak kenang di untung betul!!! hishhhh...untungkan di rebut2 gini... hihihi

di sebabkan aku baik ati dan aku mempunya kepantasan menaip yg pantas...yerlah sebab kan aku ni kerjanya PA..so aku taip balik la semula ... movie review sikit daripada yang di buat oleh wartawan ni...buat bacaan korang yg terlalu byk baca blog dari baca paper..huhuhu..ok ready? here we go!!!
 Kisah Twilight: Breaking Dawn bahagian satu bermula dengan majlis perkahwinan Bella dan Edward yg dihadiri keluarga terdekat termasuk adik beradik edward dan ibu bapa bella. Namun, jacob yang kecewa dengan pilihan itu membawa diri ke Kanada dan hayan kembali selepas acara itu selesai untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu

Bella dan Edward berbulan madu di Brazil dan menghabiskan msa bersama tetapi saat romantis tu berakhir apabila Bella hamil.  Carlisle mengesahkan anak dalam kandungan Bellah adalah puntianak dan harus digugurkan kerana ia akan menyebabkan bella terbunuh




Bagaimanapun, Bella berkeras untuk tidak mahu mengugurkan kandungan itu dan meminta bantuan roalie untuk menjaganya.

Sam Uley, Ketua serigala jadian bercadang untuk membunuh Bella sebelum dia sempat melahirkan bayi kerana bimbang bayi perempuan yang bernama remesmee akan menjadi semakin kuat sehingga menyebabkan puak serigala jadian terancam.

Jacob berikrar untuk menjaga bella diluar rumah sehingga bella selamat melahirkan anaknya.

Dalam keadaan kritikal Bella yang tidak sedarkan diri setelah melahirkan anaknya, Edward tidak mempunyai pilihan selain menjadikan Bella seorang puntianak. apakah seterusnya ..jawapannya ada dlm filem Twilight : Breaking Dawn.



comel kan anak dorg  ni...ok pada yg belum tgk sebarang of this twilight movie tu..gi la carik kat kat apek2 pasar malam ker kedai DVD ker...cari Twilight SAGA...Twilight Eclipse..Twilight Newmoon...dan ini lah paling baru.... cari semua sekuel dia dulu..baru tgk yg ini..pada aku... sedap la cerita ni..pada mata korang tak tau lah....

aku pun 1,2,3 pun tgk dvd jer..sebab tgh ashraf kecik ..tak dapek la nk tgk wayang... but this insyaalah!! bley kan ....sayang kan!! tapi takut baby la plak tak leh bawak masuk.. 13 PG
arghhhh sungguh tidak sabar nak tgkkk ni.......susah sgt si edward ni tukarkan si bella ni jadi pontianak... kan senang gigit jer dari awal2 dulu... tangguh2... geram aku eh

Thursday, November 17, 2011

Percubaan Pertama-Tuna roll

Ini last week punya weekend Project.... kira percubaan pertama buat roti2 ni...actually roti ngan donut tu lebih kurang jer nak membuatnya..tapi roti ni rumit sikit..tak leh nak main hentam2 bab bahan2 serta cara-cara membuatnya...

aku dah ikut sebijik bik..bahan..tak satu pun tertinggal..tak pernah2 umah aku ada bread softener ,bread improver ...aku gi carik tau tak...tapi hasil percubaan pertama kira ok ok lah...roti den tak softener punnn..uwakkkkkk... dah jadi mcm bread stick pizza hut bila dah sejuk tu..kerasss....hahahah..tapi tak pa..ada ruang untuk kemajuan..asalkan aku kena terus mencuba dan mencuba....

bukan salah resepi dibwh..resepi ni aku amik kat abg mat gebu..tiffin biru tu...dah lama resepi ni duk dlm buku hikmat aku..baru last week berani mencuba...dapat 10... kami laki bini makan 2 biji sorang..perut dah sengkak...

kena2 plak aku buat chicken mushroom soup petang tu..dlm ujan2... keras2 pun kami sebat..hihihi...ok la sebab still panas lagi..hot from the oven..the rest lagi aku buat medium done..utk jd frozen... bila laki aku nak makan..dia cuma masuk kan dlm oven ...lepas 10 min bley makan...

so check out the process n the final outcome of my first trial tuna roll....argghhhh..abg mat punya myk gebu lorrrr.....dah nama abg mat gebu kan...

kakak aku kata maybe cara menguli aku salah kut... tak pun terlebih sudah ...tepung nya..tapi aku timbang maaaa......siap ko tuna roll ..aku tak puas ati nih...kita jumpa di padang....hihihh







BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK DOH :-

Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.

Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).

Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

2.UNTUK ROLL TUNA SANDWICH

Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata

Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi.

Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh.

Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.

3.Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang.

Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

resepi di kredit kan pada abg mat.... siyes...abg mat aku suka..brg dia guna murah..ringkas...but still istimewa....http://www.tiffinbiru.com/search/label/Roti%20Dan%20Pizza

p/s sila jgn cuba-cuba membandingkan hasil roti saya ngan abg mat....abg mat tu pro okehhhh....hehehe

Monday, November 14, 2011

ikan kembung masak asam




betul ker nama lauk ni... aku masak ni...tapi tak tau nama dia...tapi memang sedap... kata kwn aku... lauk ni bulan puasa byk....

first ikan ni rebus ngan air asam jawa n garam..sampai air kering...then angkat.. baru jirus ngan air asam...

korang tau tak ..apa nama lauk ni..hihihi..bley la nak cari proper punya resepi...kali ni masak still tak puas hati lah.. ada setengah aku tgk kuah nya warna mcm kuah belacan..ada setengah warna merah...

tapi kalu makan ngan nasi panas ni.. aduy aiii.... nak buat pun senang

Friday, November 11, 2011

Pokok Asam Batu



Taraaaaa... cantik tak..... cantik tak....lama kan aku tak buat n3 pasal pokok2 ni kan.. sekarang musim pokok2 kembali balik dah... hihihihi...

ini pokok baru aku baru beli kat nurseri semalam...huhuhu... pokok asam batu..seingat aku lah...masa dolu2 mak aku suka tanam pokok ni.. bunga nya warna merah... fuyooo..sekarang dah ada mcm2.. warna oren, merah jambu, merah, kuning, kuning oren, oren merah.. ishhh ..mcm nak meroyan aku nengok nyer..nasib baik tgh2 bulan ni..kalu tak mau ..aku hangkut semuanya...

kata org yg menjual tu..pokok ni..senang jer nak maintain.. dia letak dlm rumah pun bley... tapi cuma memerlukan cahaya matahari yg minimum... jgn time aku beli bunga melambak2..last2 runtuh semua bunga2..tgl daun...

aku cuti semalam.. ini la..program aku... semalam balik jer dari kerja..skrip laki ...masa tu aku diam jer kat ruang tamu..tunggu riaksi dia bila masuk dapur...

si suami: haaaaa bila plak beli pokok niiihhh...berapa hengget plak dah nihhh..

si isteri: tadi..hehehehe..murah jer.. 13 hengget jer..cantik tak..cantik tak?

si suami: cantik ar...sebab buh dlm pasu ikea ni... kena la ngan pokok tu...

si isteri: dlm hati.. hmmmpphh..hampeh..kita tanya pokok... dia kata pasu dia plak..ye lah2 orang curi pasu dia...uwekkk

Thursday, November 3, 2011

Resepi ikan Cencaru Sumbat

hohoho.. membelek2 gambar dlm kamera nih..tetiba plak lapaq....byk menda tak hupdate..mcm2 aktiviti buat..tapi makanan jugak jadi pilihan... nak share resepi cencaru sumbat lah



ikan cencaru ni versi lain sikit dari yg ada dlm internet tu..ini versi aku... tapi setakat ni ..memang aku suka yg ni..yang ada kelapa tu..my hubby tak berapa suka ..dia tak suka kelapa tu... so i ubah la sikit... mengikut kesuaian sekeliling..hihi..simple + sedap


Bahan-bahan ( 4-6 org )
4 ekor ikan cencaru

1. 3-4 biji bawang merah *
2. 2-3 ulas bawang putih *
3. sedikit belacan *
4. 4 biji cili merah *
5. 5 biji cabai melaka (cili padi)*

sedikit air asam jawa
garam, gula n perasa

Cara-cara 1.Tumbuk semua bahan bertanda Masukkan bahan tumbuk dengan sedikit air asam jawa. 2. Masukkan garam, gula n perasa kalau suka... 3. bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan. 4.Sumbatkan bahan tumbuk yg telah siap kedalam ikan. Lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk kunyit. Goreng ikan hingga masak.




huhu... me n my love suka kalau makan ikan cencaru goreng ni dgn sayur lemak gini..tak kira kobis or taugeh..but this time we are enjoyed it with daging masak cili...



memang terangkat giler..memang sah2 rosak diet aku..yang ala suam-suam kuku nih..hahahaha...dah alang-alang montel..biarkan ajer..koh koh koh..

Wednesday, November 2, 2011

once upon the time .....

momi hari ni..berjiwa lara... sadis... kecewa... semua la..everything look so cloudy..semua tak ada mood...tgk gambar baby buat mami bersemangat skit...mami tak mo la nak memaki hamun hanjeng bagai sini... sebab itu bukan antara2 n3 n3 mami dan bukan budaya aku...biar la... org nak buat aku..mcmana pun...janji aku dan nazarku happy....

arghhh..i hate this feeling... sad feeling..go away sad feeling go away



ini gambar dia baru 11 hari... kepala baru jer kena cukur...




still dlm pantang..this one less than 1 month old with mak cho...





tak mo tampal tisu kat dahi bila seduuuu....










4 month at school.. dah pandai mengiring sikit.. sebelah ni.. umur beza hari jer..tapi dia dah menerap dah...




5 month old....with Mak Da... rambut pun tumbuh tak rata.. sana sikit sini sikit..





my first raya ever with momi favorite girl....



dgn shawnnnn...masa berhari raya rumah aunty aisya....masih teringat2 bihun sup nya



6 month old with abg fahd....




ngeee 8 month....




that u now a days...huhu... cepat nya baby membesar ... rasa mcm nak baby mcm ni sampai bila2...cepat jugak la momi ngan dedi menua kan....

apa mami nk buat utk hari jadi ashraf yg kedua tahun.. so many thing in my head..

thomas theme la...Barney ke...Pocoyo ker...

tak mo pikir pasal benda yg remeh temeh yg merunsingkan otak aku.... pikir anak aku lagi best... uwekkkkkk