Wednesday, April 25, 2012

Kek Pisang versi Steam Bath

 Ini Projek Last Weekend.. semangat nak mengabiskan barang2 kek yang dah lama tersimpan dlm peti ais tu..siap buat bread butter puding lagi sekali .....minggu lepas sebiji minggu ni sebiji lagi...

daripada brg 2 expired baik aku abis kan cepat2..nanti takut lepas bersalin mood masak2 kek ni mesti ke lautnya...
 kek pisang pisang moist!! tapi mcm tak best la..x mcm jual kat kedai-runcit tu... x keras... peroi sgt...mcm versi chocolate moist kek la...

 hihihih..yang hitam-hitam atas kek tu sebenarnya chocolate chip yang belang2 tu..bila bakar... terus jadi 100% black chocolate chip.....

RESEPI KEK PISANG

 Bahan-Bahan:


3 biji telur

¾ cawan minyak

¾ cawan gula

2-3 cawan tepung

1 sudu teh soda bikarbonat

1 ½ sudu teh tepung penaik

5 biji pisang emas dilenyek

Secubit garam

Cara:

Pukul telur dan gula sehingga kembang.

Selepas itu , masukkan minyak dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan pisang yang dilenyek tadi,soda bikarbonat,tepung penaik dan garam.

Masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan marjerin.

 Bakar dalam masa 1 jam cara steam bath 180'c ( letakan air dlm tray oven) bakar sekali....


 
Resepi di kongsi daripada Mesra.net

Wednesday, April 18, 2012

Happy birthday Cik Nora!!

 Yessss...gambar mak Yung ngan Chocolate brownies flower....
dah petang2 cam ni..dapat lak benda2 manis ni..memang la tersangat A..hehehehe... sedap giler...

dah mula perangai suka makan benda manis..dia tu..tak sedar diri nanti kena kencing manis lagi ...baru tau....

 ni dia ...birthday girl...patut la dari pagi baju cun n dress up kebabom cunnya... mood pun baik... siap beli fresh flower hias2 bilik...dia ckp arini umur dia 29 tahun dan akan berenti kat situ dari dulu n sampai bila2..hahhaha... apa-apa la cik Nora...

This is Cik Norrazifah Siaraf...our Pegawai Undang-undang.... tapi memang sporting giler... happening!!  dalam pasu tu kek jugak...bunga dari brownies.. ada 2 jenis...mix nut n chocolate brownies...

Hadiah dari Anak sedara dia ...dtg masa tghari tadi buat surprise kat auntienya... kreatif kan...dah bukak kedai kek mesti la mcm2 idea ada kan....kalu aku ada auntie mcm ni pun aku amik ati dia..

dah settle pun brownies nya.... sgt sedap!! so on thursday n friday ..i won't be updating my blog because i'm away.... untuk berkursus dan Seminar Kesetiausahaan di Dorset Regency Hotel K.Lumpur...maka hehehe... makan harus la sedopp..naik lagi la berat badan aku yg semakin montel nih..

kalu rajin aku  bwk kamera!!! tangkap2 gambar..... walaupun mak montel tapi mak akan pilih gambar yg tak nampak ke ikanan emas nya...hahahaha

tak pa..org kata

 this is the time where u don't have to felt guilty when u eat...sbb it for your baby...
hoohohoho... 

Tuesday, April 17, 2012

Bread Butter Puding

 Ini weekend Project last week... dah malam2 baru buat.. siang tu mcm letih jer...so program siang ..bgn makan pagi kat luar..gi pasar ikan... masak tghari...pastu titon dan titon dan titon sampai nak masuk asar..hahaha... bagus tul booking zohor di akhir waktu...

ini gambar bread butter puding dah siap di bakar...tak tau ..kenapa la ada skit gula castor tu x mo jadi mcm caramel.. still nampak putih2..hihih..toping dia aku tak buh kismis..x syok la... aku buh chop almond...
 so memalam x leh nak tido dah... so siap la sebijik bread butter puding....ini bread butter pudding versi... resepinya..chef de pastri yg ajar..eh betul ke jawatan tu..lupa2..hihih... senang jer... dulu kawan aku dtg hotel tu..kata that the best bread butter puding dia pernah makan... actually husband aku request yg rotinya mcm hancur tu...

pada aku ni... lagi sedap ..x la memek sgt..kalu yg hancur semua tu dah macam bengkang roti la plak aku tgk...yang ni sebelum di bakar....setengah orang suka buang kerak kat tepi tu..tapi pada aku..kalu ada kerak tu lagi best..nanti jadi mcm crispy edge gitew..so jgn membazir...fully utilized everything yer..

this is the final result...sedap la bagi aku yg kureng pandai bakar membakar ni..cuma aritu..x berkesempatan nak buat dia punya sos custardnya... sebab susu x cukup..aku igt susu dlm peti ais tu elok lagi...sekali dah rosak...hihihih... so mkn macam ni jerlah....ini pun dah cukup rasa..lemak..manis..masin nyer...

byk abg ashraf makan...suku bahagian dia punya sorang jer... next time bley buat lagi...syok kan ..ada anak bley tolong perabis benda kita masak..itu baru 2 tahun...kalu lagi besar lagi best mummy memasak....

Untuk rujukan sesiapa yg berminat nak buat..resepi ni..di ambil dari Mesra.net... tapi ada versi di olah cik Puan Jelita Na Anzalna

Bread And Butter Pudding




Bahan-Bahan:

1 loaf of white toast

6 number of eggs

200 gm castor sugar

1 litre of full cream milk

a bit of vanilla essence

50 gm cube butter

15 gm raisin

chop almond for decoration

Cara:

1. sapu setiap keping roti dengan mentega..then susun atas baking tray...susun separuh ..kemudian tabur gula sedikit..kemudian sambung susun baki roti dan tabur almond dan gula dia atas susunan roti

2. pukul telur dan gula kemudia tambah susu dan satu sudu kecil vanilla essence

3. letakkan lebihan potongan mentega... berselerakan...

4. tuang campuran bahan-bahan telur tadi dia atas roti..pastikan semua roti menyerap campuran tadi

5. bakar pada suhu 160'c selama 45-60 minit

Tambahan:

Vanilla custard sauce

250ml  Susu Segar
1  sudu besar tepung custard
1 sudu kecil vanilla essence
4 sudu besar gula -ini boleh ikut sukatan masing2 kalau nak manis lagi

Cara-cara

1. pukul kesemua bahan-bahan diatas
2. kemudia panas kan diatas api sehingga menjadi sedikit pekat

Hidangkan panas-panas..memang layanzzzz

Pavlova di Hari Pertabalan

 Assalamualaikum semua... Finally!!! resepi nya dah amik lama kat internet dan dah lama duk dlm buku hikmat aku..hihihi...semalam 11.4.2012 baru termakbul cita-cita.....sebab aku dapat strawberry free..hahahaha.. adik ipar n his wife gi cameron...on the way balik dorang nak singgah ..so mesti ada habuan gak kan..hihihi..of course la dapat sayur yg byk!! n benda wajib strawberry...Thanks Adib n Ateh....

Ada rezeki bley antar lagi..ujung minggu ni kalu free mai la rumah ...kita buat bakar2...kita kenduri kan sayur2 awk tu... kita jadi vegetarian..kita wat coleslaw..kita buat steamboat..x pun kita buat bakar2..nak?
 Dalam gambar ... merigue nya nampak putih..tapi actually dah light brown dah... aku tgk kak nani punya ..gelap lagi... kira abis la jugak pavlova..bagi jiran sikit... kami  4 beradik makan..so tak ada pembaziran disini...

 Rasa dia sedap..rasa mashmellow dalam..luar ranggup... sgt sesuai la kalau kita makan ngan buah2 masam..mcm kiwi n strawberry ni..kira dia kasi balance taste lah...

spongegy inside...

Resepi kat bawah ni..memang sebijik bik ..aku amik kat blog cik irma ni... best jer tgk blog dia nih... go check it out...kebanyakan resepi yang cik irma kongsi ... menjadi...lagipun dia ni..memang tak kedekut ilmu...tip-tip  n petuanya amat berguna....

cik irma saya minta halal pinjam yer....resepinya... dah letak nota kaki nih yer.....

http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html






Resepi Pavlova.




Bahan-bahan :





4 biji putih telur

1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)

1/2 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka masakan

1/2 sudu besar tepung jagung





Topping/hiasan :





1 cawan (240 ml ) whipping cream

1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.

1/2 sudu teh esen vanilla





Tip sebelum membakar :





1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.





2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.





Cara-cara :





1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?





2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.





3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.





4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.





Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)





5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.





6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.





7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)





Masa membakar :





1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.





2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)





Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.





Cara menghias :





1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.





2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.





3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.





Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.





Sedia untuk dimakan.

Tuesday, April 10, 2012

Mommy n food are best friend nowadays


zeettt zeettt zeettt.. spider web kluar dari tangan aku..hahha... gambar hiasan jer..ofcourse la bukan aku tu...hihih kelako..spider gemok...kalu aku pakai swimming suit aku..confirm jadi mcm nih...silap2 pecah!!

Tidakkk ..pagi2 dah breakfast sampai 7 ringgit pun still mcm tak kenyang2... soto dah...teh tarik dah... donut 3 biji yg konon2 nya utk tghari dah settle dahhhh punn... arghhhhh ...perut dah kenyang..tapi mulut nak mengunyah...
ni tgh duk ushar stok kedai runcit dlm almari aku ni...

 biskut berjenis2...
 maruku...
asam...
coklat...
dried guava...
strawbery jem
roti
dried prune
buah Lai

ini dah ada ati nak bancuh milo plak ni.. takot aku ehhh!!!
 tu lah...aritu x  lalu makan sangat...nasi x mo.. roti x mo.. susu x mo.. makan tu sebab kena paksa ngan laki aku jer..
sampai doktor kata adik kecik...hiih.. dah masuk 7 bulan nih... adusss... mkn mcm tak berenti2

food glorious food....

yg aku takut..penyakit kencing manis nak dtg bila dah ujung2 ..sama mcm pregnant ashraf tu..sampai diet control..hahha..takut kena beranak induce lagi..

ashraf 3.7 kg

tgk2 adik 4..baru haru!!

food glorious food!!!! ngeh ngeh ngeh

Wednesday, April 4, 2012

Ashraf bufday - part 2

Ini antara gambar2 dari majlis birthday ashraf masa kat kg aku tempoh ari... x ada masa nak upload..gambar2 memang aku x buh kat facebook..aku cuma simpan kat sini jer...utk tatapan kenalan rapat...

 Backdrop!!

Antara Hidangannya Bihun sup dengan Bubur Kacang

 Pengganti Najib Di masa hadapan!!...persiapan nak masuk parlimen ...ADUN Kuala Kangsar

 muka dia yang tersangat la Konfius... What's going On!!



 Daddy yang excited membelek remote control car baru  ashraf...
 dah berebut plak malam tu..anak beranak nihhh..hihihi..

 antara hadirin!!

 selain remote control car..ashraf dapat bag sekolah baru + layang-layang Cars


 next month bithday boy

Dapat hadiah ni..jangan harap la nak merasa pegang..even walaupun sampai ke hari ini... still favorite car among his toys...pandai mak cho bodek dia... beli kereta merah plak ...

mmmmmm abis ati lah tu...dapat kereta nihhh...bukan pandai pkai remote pun..duk tolak la..tiap2 malam mcm ni.. ke depan ke belakang...

nanti ada part last utk birhtday ashraf nya punya gambar..esok2 la aku buh...antara akitiviti...melukis n few game lah..among cousin dia

Engagement Day My lovely Sista


Yihaaaa!!! hihihihi..mood sangat baik arini..sebab makan terlalu kenyang kut...semalam asyik marah2 jer..selepas musabahah diri...akhirnya aku pujuk diri lara ku ini...okeh!! lupakan!

arini aku nak kongsi gambar2 sekitar majlis pertunangan adik perempuan last aku...yang ni no.6...tgl sepasang jer lagi tak kawin...pelamin ni ... direka dan di buat sendiri oleh adik aku ni ha...

simple but still nice kan....kreatif...



                                                
  kak yang dengan tepak nya ..di pagi majlis....

Perunding Majlis jemputan khas dibawa dari kepala batas...berpenat lelah dia menjayakan best friend dia punya majlis pertunang...



 ini dia ...org yang di raikan pada 11/3/2012 yang lalu... kira sempena hari lahirnya...
 make up adalah tajaan adik aku gak yg no 5...situ pun dah save RM 150.00 dah... hihihi...tapi still kira cun la gak..
 bakal tunangan bersama mak andamnya ...satu si kurus kering..satu si kiut montel...aku kira...sederhana-sederhana jer....kira tengah2...argghhhh larikkkkk!! statement x leh blah

 Orange cheese cake..untuk hantaran... dalam majlis ni..aku igt ada 4 biji kek ada... semua org nak sponsor kek..tak paham aku... time aku dulu sapa pun x mo sponsor..aku ingat budak ni ..ada pakai mandram lah..nasib baik aku nyaris2 x tempahkan dia pavlova...


majlis bertunang sekarang pun dah ada guest book bagai... meriah tul kan zaman sekarang ni...ish ish ish

 apam polkadot di meja ala-ala candy buffet la..pada yg dtg tulis dlm guest book ni  ha..ada moist cupcake..apom polkadot n ada la sikit coklat n candy..

 cantik kan kek nih...

 ini actually strawbery tart...but it seem my pastrinya lembut sgt...ada dah pecah2 skit...
 ini kat dapur umah mak..abis bersepah dah..kerja2 kenduri ....ala gotong royong jer... x amik catering pun...



 ala-ala menyampah tau adik beradik aku ni ..berposing sakan..gambar aku gak ...x ada satu pun... di sebabkan si muhd Ashraf tu... kelam kabut x mo tido... berpusing-pusing aku mengejor nyer...adussss..sian mami tau!!!
                                               

finally gambar kami adik beradik semua.....

pada kak cik n syafiq

moga bahagia ke jinjang pelamin