Friday, May 31, 2013
Resepi Bihun Sup Berempah
hai korang..salam jumaat.... semalam cerita pasal teduhan kasih...sampai cari novel aku arini... nasib baik x jumpa..kalu x hanyut lagi....30 hengget aku.....
so arini aku nak share gambar n resepi bihun sup kow punya.....
ini kira weekend projek yg lalu la... mcm2 ada gambar dlm fon ni..tapi cam ni la outcomenya... dah mcm aku menciplak gambar kat blog org plak... haisshhhhh..... ini aku masak ni ...tak pa..
kalu korang dtg kat ofis aku ni.. sgt femes la bihun sup berempah ni... dia mkn ngan bergedil... layan gilos... nama dia - BIHUN SUP KAK AMY-....tapi kat Tourism Malaysia ...kami pepagi dah pekena bihun dahhh...dia time pagi jer ada ... terangkat dohhhhh!!
aku ni..tak ada la buat bergedil bagai... tapi di sebabkan sgt sedap..maka dengan segan silu dan sgt konfidennya aku masak kat umah..menjamu sang suami. terchenta makan....
Resepi ini aku copy paste dari blog yang link nya di bawah ni... korang try tau...
Bihun Soto Berempah
Bahan Kuah;
1 Ekor ayam
1 Peket bihun
50gm Dan bawang
50gm Daun sup
1 Peket rempah kurma
Garam
Minyak masak
Air secukupnya
Bahan untuk dihiris;
2 Ulas bawang putih
50gm Bawang merah
3 Batang serai
4cm Lengkuas
3cm Halia
Bahan dikisar;
4 Kuntum bunga cengkih
4 Kuntum bunga lawang
3 Biji buah pelaga
2 Sudu besar ketumbar biji
1 Sudu jintan manis
1 Sudu besar lada hitam
Bergedel Kentang
Bahan-Bahan;
3 Tangkai daun bawang dihiris
3 Tangkai daun sup dihiris
5 Biji kentang
2 Sudu besar bawang goreng
1 Biji telur
Sedikit garam
sedikit lada hitam
Sambal kicap
Bahan-Bahan;
3 Biji buah keras
15 Biji cili padi
5 Ulas bawang merah dihiris
5 Ulas bawang putih
Kicap secukup
Cara penyediaan;
1.Tumiskan bahan kisar dan bahan hiris ke dalam minyak panas sehingga naik bau.tuangkan air dan masukkan serbuk kurma.masukkan garam dan biarkan sehingga mendidih.
2.masukkan ayam dan biarkan sehingga empuk.
3.Celupkan bihun.angkat dan toskan.
4.Untuk membuat bergedel, kentang hendaklah digoreng setenggah masak.kemudian tumbuk dan gaulkan dengan daun bawang,daun sup,lada hitam dan garam.bentukk
an bahan tadi menjadi bulat bujur.akhir sekali celupkan ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng sehingga kekuningan
5.untuk sambal kicap,,sagai cili padi,buah keras,bawang putih dan bawang merah sehingga wanggi.anggat dan tuangkan kedalam mangkok.tuangkan kicap dan gaul sehingga sebati
6.sedia untuk dihidangkan
http://sajianmalaysia.blogspot.com/2007/06/bihun-soto-berempah.html
No comments:
Post a Comment
WhAt dO u tHiNk?