assalamualaikum semuaaaa!!!
ini la projek aku semalam ... tak kerja...kira baru first time cuba...dah jadi...kira orait la sesangat... rasa mcm kat hotel punya desert quality..
resepi ni dapat dari blog kak nani rostam..nak buh link.. tak reti...alah takkan korang tak kenal mak si cantik manis hanis zalikha tu ....
tak pa aku ley share kat sini jugak..
PUDING KARAMEL
1. Sediakan periuk pengukus di atas api dapur
2. 2 sudu makan gula
sebiji loyang- masukkan gula di dalam loyang & letakkan air sedikit..kemudian letakkan loyang di atas api dapur dalam masa lebih 2 minit. kacau gula lebih kurang 2 minit atau hingga kekuningan. angkat dan ketepikan
3. 7 biji telur grade A.
1 tin susu pekat.
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanila (imported)
Cara-cara....dengan menggunakan sudu garpu, pukul telur menggunakan tangan sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).
Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.
Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.
cuba jgn tak cuba... insyaalah jadi...
Hurmm cam sedap jeww... Yummy, yummy....
ReplyDeleteGerenti sedap zura... tp tak tahan guna telur byk sgt....tp memang menyengaaat ma.. cuba la kalu lu brani
ReplyDeletei naaaaak! tp bau telur dia kuat tak? 5 bijik pun i dah x tahan, camne ngan 7 bijik ni?
ReplyDeletesedapnyer...izan suka tp tak pernah buat hehe..sesuai sgt buat pencuci mulu time berbuka puasa tak lama lagi ni..thanks resipi =D senang rupanya hehe
ReplyDeleteNorah: i ingat u buh kurang esen vanilla tak? i aritu buh nak dekat 2 penutup esen vanilla tuh..lagi satu... karamel tu kena betul2 brownies kut.. baru dia hilangkan bau tu.. kan karamel ni pun ada rasa pahit2 skit plus bau sikit kan..
ReplyDeleteizan: betul izan... kalu kat bazar ramadhan ..mahal la puding telur ni... buat sendiri puas makan... budak2 pun suka kan!! memang la senang..kalu resepi pakai oven tu renyah... dulu pun ai ingat susah..last2 dapat yg guna kukus ni ... suka sgt2.. mesti ai buat lagi