Jeng Jeng jeng.... Tajuk jer pun dah mcm scary kan!!! hahahaha...Actually as Secretary penyakit ni bukan la satu penyakit yang asing bagi kami...
sapa kata Sekretari ni cantik.. wangi2...lawo2...golek kiri kanan kiri kanan ...make up bapak tebal...tak ada susah kerjanya..menjaga bos jer... sapa kata tak ada risiko...
elooo..kerja apa pun dlm dunia ni ada risiko hokeh...hihihi...
hokeh... today nak buat entri berinformasi sikit...
mungkin ada yang mengoogle2... apakah jenis penyakit ni...
actually penyakit ni... kami bakal2 setiausaha-setiusaha @ PA2 ni memang
dah didedahkan dengan penyakit ni..seawall mula menceburkan diri lagi
Ingat lagi masa di ITM dulu..puan Norlina lecture kelas Komputer dan literasi
ada pesan..dan bagi info sikit pasal benda ni.. sebab benda ni memang mungkin terjadi pada kami yang banyak mengunakan jari jemari yang santek2 dalam mencari rezeki..
Aku dah mula perasan yang tangan aku ni mcm kebas2 2 tiga minggu lepas..
pegi la jumpa doctor..doctor bagi la ubat..dia kata kalau sakit tu dtg ..kena refer hospital utk rawatan lebih lanjut...
balik bila mkn ubat... sakit tu hilang la..
tup tup tup.. hari sabtu ahad dah dtg balik penyakit kebas2 ni...setengah sintom dia akan rasa sakit sangat-sangat mcm ala berbisa-bisa di hujung2 jari or pada kawasan
I think my part yang kebas-kebas tu lah... dulu memula dia rasa gatal2...org melayu kita ni..bila tangan gatal ni..tangan yg kena ni plak ..tangan kiri... aishhh..kata nak kluar duit lah..
pepandai jer tau...dah memang sah2 la ...org mana x kluar duit... aiyoooo
benda mcm ni la..lecturer aku sangat2 tekankan masa belajar dulu... tangan tu bila menaip.. jari jer kena keyboard... yg tapak tu kena di angkat...hihihi..amcm korang buat gitew x? jgn kata korang..aku ni yang bertauliah menaip pun tak buat kan..tu yg saki...
actually penyakit ni.. bukan terjadi pada pada org yang menaip sahaja.. ia terjadi pada org yang byk menggunakan tangan yang berulang-ulang dalam tempoh masa yang panjang
aishhh naik risau plak aku nengok gambar ni pun terlibat dlm ini penyakit...tapi baby ashraf blum terdedah dlm game ni... dia asyik duk main tipon dedi ngan momi jer... main motor ngan helicopter!!!
walaupun ngeri aku nk buh gambar ni...
tapi tak pa aku share gak utk pengetahuan bersama
ini lah salah satu rawatan akhir bagi pesakit penyakit ni...
dekat ofis aku ni..dah ada kawan aku yang buat rawatan bedah ni...tgk dorang relax jer... pengesahan aku sakit benda ni lom la lagi... today aku google2 dulu sintom ..memandangkan aku ni berpotensi besar utk menghidapi ni..
tak pa ..aku share skit kat bawah ni sedikit info aku geledah dlm internet hari ni...
sampai tau pakwe kat rumah aku tu tau...semalam mintak dia picit ....
pagi tadi aku mengadu sakit ni...aku ckp sakit ni byk terjadi pada org yg banyak menaip
skali dia kata ... tangan aku ni terpeleot... sebab aku byk titon... jahat tau...
sangat kijammmm!!!
korang baca yer pada yg berminat nak tahu
Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.
Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.
1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.
Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:
* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.
Diagnosis
Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:
1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.
2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.
Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunne tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan.
Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut.
Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.
Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan.
Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalens sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinels sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk.
Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.
Rawatan
Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat cold packs (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.
Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).
Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:
* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan.
Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.
Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.
Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.
Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.
Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.
Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.
Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel.
Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0316&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2WRftudS0
© Utusan Melayu (M) Bhd