Tuesday, June 18, 2013

Kemaruk Main Pou la plak!!

 hai korank!! hari ni nak share ngan korang game baru di android yang famous la ni... ada yang mengila main candy crash... entah la.. aku takla plak minat nak mencoba..tak menarik pun... ada gak la try2 main kat handphone member.... 

so I decide main pou ni... kata di encik suami... permainan ni gugurl sgt!! tak adventure..coba dulu la .. kasi potong wa punya level... hihihihi ..sekarang ni dah level 27 dah.. ini kira gambar lama pau I..hihihi



perkembangan dia dah dewasa dah..

skin color dia putih ( mahal nok I nak beli)
dah jadi rabbit... niat di hati tu nak la beli harimau..tak cukup duit n tak cukup level lg..hihi
wallpaper semua dah ada..
baru ada satu jer friend iaitu adik aku ..bley la aku dtg lawat2 rumah dia..n tgk perkembangan dia beli apa..hihi kepochi khan.... last aku tgk dia baru level 11.. n baru level 11


shomel tak I punya pou... tapi tu lah duit dah abis dah... aritu punya la sakan aku main game ..dah kumpul nak dekat 4 ribu ..nak beli topi... sekali ...si muhd ashraf tu ..beli apa ntah or tekan apa..terus tgl seratus lebih duit momi...eeeee gerammm nyaaaa
 hihihih..ini game yg paling senang kumpul duit... kalu korang main ni..actually ada nak dekat 13 game korang bley main..macam2... tak la boring sgt..memang gamenya Nampak simple tapi boleh bikin marah n geram la jugak di buatnya...

 
so pada korang pada yang berminat nak try ada pet...main la game ni..bagi makan ...bagi ubat.. bwk main... ala versi mainan pet game dulu masa kita kecik2 tu... tapi kira ini versi baru punya
 
pada yang nak visit aku punya rumah n become my friend
dan ada internet..... bley la kita kawan-kawan n tinggal utk masing-masing
 
cari
 

nomi5

 
ha itu la aku...kih kih
 
nanti aku lawat korang jugak yer
 
banyak besttt oooo..
 
memula dulu aku kutuk gak org main ni..sekali aku dah sangkut dahhhh
 
bye koranK

Monday, June 17, 2013

Sindrom Carpal Tunnel - Alamak !!! adakah aku salah satu pesakitnya....

Jeng Jeng jeng.... Tajuk jer pun dah mcm scary kan!!! hahahaha...Actually as Secretary penyakit ni bukan la satu penyakit yang asing bagi kami...
 
 sapa kata Sekretari ni cantik.. wangi2...lawo2...golek kiri kanan kiri kanan ...make up bapak tebal...tak ada susah kerjanya..menjaga bos jer... sapa kata tak ada risiko...


elooo..kerja apa pun dlm dunia ni ada risiko hokeh...hihihi...
hokeh... today nak buat entri berinformasi sikit...
mungkin ada yang mengoogle2... apakah jenis penyakit ni...
 
actually penyakit ni... kami bakal2 setiausaha-setiusaha @ PA2 ni memang
dah didedahkan dengan penyakit ni..seawall mula menceburkan diri lagi
Ingat lagi masa di ITM dulu..puan Norlina lecture kelas Komputer dan literasi
 
ada pesan..dan bagi info sikit pasal benda ni.. sebab benda ni memang mungkin terjadi pada kami yang banyak mengunakan jari jemari yang santek2 dalam mencari rezeki..
 
 
Aku dah mula perasan yang tangan aku ni mcm kebas2 2 tiga minggu lepas..
pegi la jumpa doctor..doctor bagi la ubat..dia kata kalau sakit tu dtg ..kena refer hospital utk rawatan lebih lanjut...

balik bila mkn ubat... sakit tu hilang la..
tup tup tup.. hari sabtu ahad dah dtg balik penyakit kebas2 ni...setengah sintom dia akan rasa sakit sangat-sangat mcm ala berbisa-bisa di hujung2 jari or pada kawasan
I think my part yang kebas-kebas tu lah... dulu memula dia rasa gatal2...org melayu kita ni..bila tangan gatal ni..tangan yg kena ni plak ..tangan kiri... aishhh..kata nak kluar duit lah..
pepandai jer tau...dah memang sah2 la ...org mana x kluar duit... aiyoooo




benda mcm ni la..lecturer aku sangat2 tekankan masa belajar dulu... tangan tu bila menaip.. jari jer kena keyboard... yg tapak tu kena di angkat...hihihi..amcm korang buat gitew x? jgn kata korang..aku ni yang bertauliah menaip pun tak buat kan..tu yg saki...


actually penyakit ni.. bukan terjadi pada pada org yang menaip sahaja.. ia terjadi pada org yang byk menggunakan tangan yang berulang-ulang dalam tempoh masa yang panjang


aishhh naik  risau plak aku nengok gambar ni pun terlibat dlm ini penyakit...tapi baby ashraf blum terdedah dlm game ni... dia asyik duk main tipon dedi ngan momi jer... main motor ngan helicopter!!!



walaupun ngeri aku nk buh gambar ni...
tapi tak pa aku share gak utk pengetahuan bersama
 ini lah salah satu rawatan akhir bagi pesakit penyakit ni...
 
dekat ofis aku ni..dah ada kawan aku yang buat rawatan bedah ni...tgk dorang relax jer... pengesahan aku sakit benda ni lom la lagi... today aku google2 dulu sintom ..memandangkan aku ni berpotensi besar utk menghidapi ni..
 
tak pa ..aku share skit kat bawah ni sedikit info aku geledah dlm internet hari ni...
 
sampai tau pakwe kat rumah aku tu tau...semalam mintak dia picit ....
 pagi tadi aku mengadu sakit ni...aku ckp sakit ni byk terjadi pada org yg banyak menaip
 
 
skali  dia kata ... tangan aku ni terpeleot... sebab aku byk titon... jahat tau...
 
sangat kijammmm!!!
 
korang baca yer pada yg berminat nak tahu
 
 
Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.

Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.


Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:
* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.
Diagnosis

Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:

1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.

2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.
Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunne tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan.

Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut.
Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.

Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan.
Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk.

Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.
Rawatan
Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.

Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).
Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:
* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan.

Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.

Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.

Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.
Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.

Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.

Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel.
Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0316&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2WRftudS0
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
 
 

Friday, June 7, 2013

Teduhan Kasih -Review up to 6/6/2013

 hahahaha... i dont believe it la... naik geram aku  nengok kan cerita nih....skrg bila balik kerja jer..mesti dah tersangkut ngan cerita nih...aku bukan nak nengok hero ngan heroin nih... hmmmmmmphhh tak best... aku syok nengok kan si zarina zainuddin... mak dia tu... ngan si nabila tu...

kadang2 nak naik geram n kadang-kadang nak naik tgelak pun ada nengok kan dorg belakon... pandai btul.... memang kena sangat la si along nya belakon..terbeliak2 mata... selalu kita tgk dia blakon watak2 cun n baik jer... sekali bagi watak jahat nok!!! menjadi giler... siap ayat di tuuutttt di censored sesajer... itu dah over pedih la tu marah kan si iffah lembab nih

Ada ka org dalam dunia ni.. dah tahu..mak ko memang kaki buli n hamun ko..ko nak balik lg...aishhhh ... patutla org asyik tolak2 kepala ko...hahahahahha... dah ko bodoh...

nasib baik semalam dia dah nak cabut balik rumah ihsan tu... ada rumah elok2 ber ekon... ada maid ..ko nak tunjuk baik balik umah... gi la cari kerja... b.o.d.o.h!! huhuhu  naik emo aku nengok perempuan lemb gini.... ayoo



mana nak cari ni ...buku ni... aduhhh.. aku malas nak layan hero heroin dlm cerita nih... sebab mcm x mari la dorg blakon.. kalu dlm novel tu... mesti lagi layan kan kan kan ..hahahahah... tak sabar nak cari buku nih....

ok la korang...

happy weekend tau...


love u...

Thursday, June 6, 2013

Selamat Pengantin Baru!!!!!

 Yeayyyyy Kiraan Sebelah Tangan Sudah
 Hihiihhihih ... Pengantin Baru la sangat...
Dah 5 Tahun dah wei..
cam x caya nyer...

pejam celik dah 5 tahun bercouple n berlife partner berdua....
Sekejap sayang..sekejap bermanja...
sekejap perang dingin.. sekejap perang dunia kedua...hihihi tahu-tahu anak dah besar
kami dah tua ....tinggalla  berdua balik....


itu jam...nak beromantik pun dah lupa kan...hahaaha

Bila tiba musim sekolah pertengahan tahun...
tiba la jugak anniversary kami pada tahun tu...
060608
tu lah tarikhnya

 Nak share gambar yang lelain x leh..so tahun ni ..kita simpan memori
di malam majlis berinai...

ini gambar malam lepas kita bernikah..

pandai dedi buat gambar tangan lima gitew..
sempena 5 tahun kita bersama...

kui kui kui

So my dearly husband cum my life partner...

Happy anniversary...
Moga tuhan memperkukuhkan lagi hubungan kita
disamping anak kita yang 2 org kiut miut tu..

Moga keluarga kita diredhai dan di berkati allah


p/s : hadiah tu x yah la sorok bawah bantal.....nanti x jumpa!! hahahahaha....tq

for last year nyer entri

bley la review kat sini:

http://nazarku.blogspot.com/2012/06/saat-kami-menjadi-raja-pemaisuri-060608.html





Wednesday, June 5, 2013

Monday, June 3, 2013

Our Weekend!!



Macam x percaya dah ada dua org anak... azam pun momi rasa mcm dah besar...

 hilang abis rasa susah payah berjaga malam ... membela azam..

. anak no. 2 aku ni..special sikit... memang payah tido ...

tak kira siang ...x kira malam..kalu dia tido tu ...paling lama pun 15 minit jer...nak tido plak style nk dakap plak tu...ayooooo... manja sgt la ini budak...aku perlahan2 letak dia jaga lah....naik pening kepala momi gi keja tau..disebabkan x cukup tido..

baru 2 ni jer dia dah ok dah tido mlm


abg plak sekarang dah pun 3 tahun lebih dah pun... tapi cam biasa lah....ckp style x byk lagi patah perkataan..tapi now much much better dah...

adik dan trompet nya sentiasa bersama..tgh tido tercabut pun....mami kena bgn cari dlm gelap...entah la deq ..camner nak bagi ilang tabiat kau ni dik...arini adik kena duk dgn dedi kat umah..harap-harap x la menyusahkan dedi yer ..hihihi ... ibu pengasuhnya balik kg....3 hari..sian dia ...sampai demam2 bila ibu x ada

 gigi pun dah 6 batang dah....


ini kat playground kat dlm upsi...dah memang tempat permainan dia kan... harus la dia jadi hyper

adik ni... x abis2 ...nak dakap...hahahaha..
abg buat muka x mo

ini la aktiviti momi n dedi...kena jadi bestfriend berdua...

 jaga hero hindustan 2 org nih