Tuesday, December 17, 2013

Zakat Emas - Berapa Gram kita miliki baru wajib zakatkan ....


Hai ... Assalamualaikum korang!! hhhmmm pagi ni aku terfikir gak pasal zakat-zakat ni.. macam-macam jenis zakat... zakat emas..zakat perak..zakat pendapatan...zakat hasil ternakan n tanaman...

so apa aku nak share hari pasal ZAKAT EMAS.... perempuan n perhiasan tak dapat di pisahkan...wahhh statement kan..perempuan mana x suka benda cantik dan berkilau lagi bersilau...

Memang dah di ciptakan fitrahnya begitu..tak tau la...ada x suka...yang tu mungkin kelompok yang simple lagi mimple....aku bab emas ni..memang suka... walaupun masa tgh belas2 tu...hadehhh...aku ni versi separuh perempuan..memang rimas la benda2... di sebabkan mak I..x didik aku dgn keala ketidak perempuan itu..selalu la paksa aku ... pakai ..time kenduri la..time nak jalanla ..time raya la...

Bila dah tuo banko ni..berpinar nengok mas...wahhhh!! hihi


p/s gambar versi syasya suka mata syasya!! mcm cantek jer mcm somel jew..hahaha nak jugak



tengokla ..anak mak..very the gugurl kan sekarang...

nak proses anak pompuan jer belum lagi...hihihi

 kalu rajin baca la perkongsian ilmu ni..sumber rujukan untuk aku jugak di masa hadapan
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125


  • Emas Yang Disimpan

    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112



     

    wah sambil mencari ilmu...sempat lagi ...mensurvey2.... tapi kat bawah ni bapak besar kut... ini mak datin boleh la

     
     
     
     


     



     design-design gini ada la muda sikit... I love daisy patern...tak tau la ... Nampak muda...tapi yang atas ni boleh la...masih dalam usaha pencarian dan pengumpulan duettt!!!

     
    hihih...anak mak nya mcm muka x redho jer..ntah ke betul ke zhulian tu...mana ada org mau pakai ini macam lagi anya!! sampai begini sekali budaya dorang... merah-merah gold -gold baru ong ma!!!
     

     
     
     
     






    google gambar brg kemas...ada plak gambar kakak ni... I kumpul duit dari kecik tau tak..menabung..korang x menabung mana mampu beli cincicn berjuta ni..korang mana tau

     
     
    ok tata
     
     
     
     

    No comments:

    Post a Comment

    WhAt dO u tHiNk?