Thursday, April 16, 2015

Listerine sebagai ubat kelemumur


 

Assalamualaikum semua...weeee bersiaran kembali...hahaha...

bos sibuk berkempen nak jadi orang besar ..so aku sgt la freee...

hihiiiiihih bahagia2

 

 

ok hari ni aku nak share satu perghhhtua or tips nak hilang

kuping2 kulit aka kelemumur kat atas kepala kita yang bapak gatal tu kan

hihihihi...

semangat mengoogle mencari solution masalah kulit kepala ni..

pakai  head n shoulder pun x dah jalan..agaknya dah immune agak nya kelemumur aku ni

tahap dewa... mmg x lut dah..

 

haishhh ... maklum la dah betudung... kena pulak dah anak dua ni.... nak mandi lama skit pun ..dah dgr si adik nganis gaduh ngan abg..aiyoooo... 

diri sendiri pun tak terjaga....sampai tahap kelemumur tu dah boleh tarik2 kluar lagi

sedih!!

 

 

masa study dulu punya la aku heran ..apa la dorg sedap sgt sisir kluar something dr kulit kepala

dorg..masa tu ..tipu la kita x ada masalah tu.setakat level serbuk2 skit tu..

.tapi tak tau sebenarnya kalau mcm tu dah parah

 

sampai la terkena diri sendiri... benda tu jadi gian...hihih percaya x?

tangan ni asyik kat kepla ajer..mcm nonyet!

aiyooo... so selepas tgk few video on youtube on this..

 

so aku semalam melancarkan Plan A

Ops anti Kelemumur..

 

 

hahaha

 

 

ada Plan B tu yang x tahan tu

iaitu nak pakai apple cider

 

actually guna cuka putih tu pun ok

tapi korang kena bubuh dia overnight la

pagi2 kena basuh n bilas syampoo mcm biasa

 

kalau guna Listerine ni..korang buh dlm 20 min jer

katanya dlm 4 hari ... 95% free dandruft

 

haaaa cant wait cant wait..

 

semalam masa memula bubuh rasa mcm kepala kita di reset semula

so refreshing... lepas 20 min dia dah start mcm itchy

ha masa tu la aku basuh

 

memula korang kena dapat kan botol spray mcm aku punya tu

kalau pakai botol spray iron tu pun boley...sebab senang nak directkan spray

kat kulit kepala..x yah basahkan rambut... just straight bubuh

abis taruk kat kepala tu..korg buat mcm massage2...budget spa!

 

 

 

murah jer kos nak buat rawatan ni..botol tu baru RM 2.50 kat kedai 2 jual getah rambut tu ada

S&M ke guardian ker..tapi guardian tu mahal la skit.. dlm 9 ringgit

so Korang cari jer kat happy home or kedai 2 ringgit...

jgn membazir ...zaman2 GST ni..hhihihi

pastu Listerine botol kecik tu dlm RM 4.20... less than RM 10 kan

 

so semalam day 1... kena buat 4 malam berturut2..

kalau good outcome... I will share again here... part 2 la kengkonon

 

ha lupa nk bagi tau.. korg jangan plak try perisa2 lain plak..yang warna hijau , purple , biru bagai

yang original tu.. air dia kuning...

.kang dandruff x gugur

rambut Korang yg lapang.. cheq tak tau !! hahhaa

 

hahaha.. actually Listerine ni ...mcm2 bleh guna ..

kalau korang ada masalah kurap or fungus  kat kulit boleh sapu

kulat kuku... kira dia antiseptic gitu

 

 

 

ini antara iklan original Listerine masa zaman dolu-dolu...

memang selain sakit gigi ... dorg memang mewarwarkan Listerine ni boleh baik kelemumur sebagai tag line dorg nak berniaga...

 

so Selamat mencuba!



Monday, April 6, 2015

"Dried Fruit" snack yang sihat di Pejabat

 
Kenkonon kan!! sihat sangat snack nyer...hihihi
assalamualaikum semua
berkurun lama kan ngak ketemu
 
 
Nampak sgt dulu hidup kerja byk senang
sekarang nak update blog pun susah
gambar beribu2..tangkap utk apa ntah
 
print tidak..buat menambah saiz SD card jer
hahaha
 
cik puan jelita ni..nak hapdate blog harus la di ofis ajer
kalau kat umah ..tipon pun x merasa nak pegang...
asyik2 ustaz-ustaz mini aka ashraf ngan azam tu pegang
humty dumpty la... johny2 eating sugar la... father finger la
 
aiyo..eh ok
focus focus focus
 
rasanya tabiat pemakanan yang baik la kut..sejak dua menjak ni
aku dah start ni dlm 6 bln la jugak
since dapat kesedaran kesihatan skit..
menambah2 ilmu
 
dahulunya.. kat tempat asyik ada maruku..rempeyek la mami la..biskut2 la
so tak sihat ..byk garam dan perisa
so aku bertukar dgn buah2 kering ni...
 
khasiat dia memang byk ... yerla dah masuk era 30 an ni
kena la beringat2 ...
motip? bkn nak hidup lama ..bkn nak cantik selamanya
bkn x mo tua...
motif utama supaya aku dapat hidup sihat
kalau izikan allah dan mudah beribadat di hari tua
 
hidup mati memang bukan kerja kita
kita hanya boleh merancang
 
 
 
 
ok yang ada collection sekarang kismis campur...
 ada la hitam, kuning ketot.. kuning panjang..ha ada mcm2 versi....
 
yang kanan bawah tu buah tin... among semua kat sini buah ni peberet...
 
yang terbaik tu kata abg yang menjual tu warna hitam ...  ramai tahfiz makan yang hitam ni.. so aku copy paste la skit info...
 
Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Antaranya ialah:
Garam mineral
  • Magnesium – baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
  • Kalsium dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.
  • Zat besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
  • Kalium – mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.
Vitamin-vitamin
  • Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
  • Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
  • Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
  • Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
  • Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan
Makanan untuk otak
Salah satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.
Membantu mengurangkan sembelit.
Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 g serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.
Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat-manfaat lain seperti:
· Melindungi hati
· Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
· Membantu sebagai penerang hati
· Membantu mengurangkan stress
· Membantu merawat penyakit anemia
· Membantu merawat masalah pelupa

Snek yang lazat dan berkhasiat.
Oleh kerana kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah, kismis juga boleh dijadikan makanan ringan yang baik. Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat-peringkat untuk memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang masa. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir dan menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.
Kebaikan kismis menurut perspektif Islam.
Kismis sememangnya sinonim dengan pelajar-pelajar yang menuntut di seolah tahfiz dan pondok. Ini kerana sudah sekian lama, ulama-ulama dahulu sudah mengetahui kebaikan kismis ini kerana ia baik untuk hafalan dan kecerdasan minda.
Kismis dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran untuk memudahkan pelajar mendapatkan zat-zat yang diperlukan untuk otak, malah juga boleh menerangkan hati.
Membaca al-Quran adalah di antara salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan otak. Di antara surah-surah yang boleh diamalkan adalah:
  • Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.
  • Baca surah al-Hasyr ayat 21supaya mudah mengingat apa yang dibaca.
  • Membaca surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.
  • Membaca surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.
  • Membaca Bismillah enam untuk menerangkan hati dan mencerahkan akal.
Kismis sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, cuba tukar menu anda dari makanan ringan seperti coklat dan dan gula-gula kepada kismis. Ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan
 
 
ada dried cranberry
 
Manfaat Buah Cranberri untuk Kesehatan
Buah cranberry mempunyai kandungan antioksidan di dalamnya. Selain itu, ada pula kandungan vitamin E, vitamin C, vitamin B-12, vitamin K, kalsium, magnesium, asam folat dan nutrisi lainnya.

Manfaat Buah Cranberry

  • Mencegah Infeksi Pada Saluran Kemih


Infeksi pada saluran kemih bisa terjadi akibat kuman, bakteri atau virus. Untuk mengatasinya dapat menggunakan cranberry dengan cara mengkonsumsinya secara rutin. Fungsinya adalah mampu membunuh kuman, bakteri dan virus penyebab infeksi pada saluran kemih dan menghilangkan kuman yang mengendap pada ginjal.

  • Mencegah Tumor


Buah cranberry memiliki kandungan senyawa polifenol yang sangat tinggi, sehingga mampu mencegah tumbuhnya sel penyebab tumor dalam tubuh. Cranberry dapat dijadikan jus yang memiliki rasa yang lezat dan baik bagi kesehatan apabila sering dikonsumsi secara teratur. Selain itu juga dapat menghentikan tumbuhnya tumor yang dapat menyebar serta merusak organ penting lainnya.

  • Menjaga Kesehatan Jantung


Kandungan flavonoid dalam buah cranberry mampu menurunkan kadar kolesterol dan mengurangi kadar lemah dalam tubuh. Dampaknya, membuat jantung menjadi sehat dan terhindar dari penyakit  jantung yang dapat mengancam nyawa.

  • Menjaga Kesehatan Gigi


Cranberry mempunyai kandungan proanthocyanidine yang mampu menjaga kesehatan gigi dari bakteri penyebab kerusakan pada gigi dan mencegah timbulnya plak gigi.

  • Mencegah Penyakit pada Sistem Pernafasan


Buah cranberry mempunyai kemampuan mencegah pertumbuhan bakteri yang dapat menyebabkan penyakit pada organ pernafasan. Salah satunya adalah influenza merupakan penyakit disebabkan oleh bakteri yang mengakibatkan infeksi pada pernafasan dan telinga anak – anak.

  • Mencegah Obesitas


Kandungan asam organik di dalam buah cranberry sangat efektif untuk menurunkan kadar lemak dalam tubuh. Caranya cukup mudah hanya dengan mengkonsumsi jus dari buah cranberry setiap hari.




Buah cranberry memang kecil bentuknya, namun besar manfaatnya bagi kesehatan tubuh kita. Jadi, mengkonsumsi bauh cranberry sangatlah baik bagi kesehatan apabila dalam porsi yang wajar, karena yang berlebihan itu tidaklah baik bagi kesehatan.




ada dried kiwi...
 
 



Tuesday, December 9, 2014

Resepi puding kastard jagung simple

Berweekend projek katanya..hahhaha...ini one of my faberet desert...
kalau bengkang jagung maklagi best!
 
Dah termain2 kat otak ni..bengkang ubi kayu...
 
sedapkan korang...aku ni taste nya org kampung selalu....
 
aiyooo..tapi tula masalahnya sapa yang nak makan...hehheheeh..
 
.hmmm nak masak nak masak..
.bila angin dia nak mencuba tu dtg kemain...kalau angin maleh dia dtg...
 
nak masak mkn tghari pun malas...
 
RESEPI PUDING JAGUNG KASTARD
1 1/2 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin jagung (creamy)

CARA-CARA
1. Bancuh tepung kastard dan air.. kacau hingga larut..
2. Kemudian masak secara api perlahan.. tuangkan susu cair, gula dan 1 tin jagung.. 3.Kacau rata hingga menjadi likat dan pekat.  
4.Tutup kan api dan tuangkan ke dalam bekas..
5.Biarkan sedikit sejuk kemudian letakkan dalam peti ais.. Dah sejuk baru potong
 boleh dinikmati sejuk-sejuk.. mencair dalam mulut...perghhh!!!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, November 26, 2014

New exposure! Nak jadi Landscape designer

Hai nazarku! Haha..semangatnya momi...entah jadi ke tidak try n error ajer
 
..saja bagi new exposure pada diri sendiri...menguji diri...sama ada bakat Dan minat ..ada x dlm bidang ni....kita x akan tau selagi kita tak mencuba...
 
Mintaknya nak kursus ni dah lama dah Dari tahun lepas...dah nk tutup tahun baru di panggil...sekali sekala berkursus luar Dari bidang kerja kita best jugak...Dari secretary belajar lanskap...ko mampu! Jauh panggang Dari lamb!
 
Hahahah...Dari duk ofis wangi2.. Turun padang tgk laman...bkn nak bukak bisnes pun...sekadar belajar asas...paling2 tak untuk umah sendiri...
 
Dah nama pun anak kg kan ...nak tak nak secara tak langsung mmg u akan terdedah dgn flora n fauna ni...sementara Jalan jalan bapak explain INI pokok apa...INI Buah apa...mak aku pulak..mmg LA peminat bunga bungaan tegar ni..DLM sibuk as working housewife...sempat dia nak maintain pokok2 dia...of course LA bunga2 dia hanya bunga kertas..tapi ko tgk...dah mcm kebun bunga umah aku...ko Tanya warna APA yg x ada....pokok Jenis APA dia x ada..hihi..
 
Mana LA ada istilah tangan panas tangan sejuk...kalau petani kat kg ada pikiran gitu...tak mkn LA anak Bini wei...yg ada tangan pemalas yg mintak tangan nak penampo.ha ITU mmg ada..nanam pokok ni mmg mcm tu LA..kadang ko tanam dia jadi...kalau tak jadi tanam lg...cari LA apa masalah dia..tak cukup pencahayaan ke...tak cukup air ke.....hihihi..mcm2 alasan kan bila diri tu dah x minat...
Kursus Kali ni Sgt LA seronok..SBB DLM peserta mmg kaki minat pokok..u sebut ajer..aishh cepat ajer di sebut ...semua tau...dah mcm kelab cucuk tanam ko tau tak...mcm jumpa puak baru....
 
ada yg geng orkid...ada yg geng taman English...ada yang taman bali...asihhh macam2 la...
 
dah nama pergi kursus yg di pohonkan..semua biji mata besar aje..khusyuk aje dgr Dr. Dari UPM ni lecture...3 hari jadi student UPM...graduate dengan pointer 4.2 lagi... hihi..
 
syok ajer jadi student ni...
Ok LA korg tata..kalau senang aku sambung part 2...

Friday, October 31, 2014

Resepi Cucur jawa mudah

Hai korang..assalamualaikum...salam jumaat...cepat betul masa berlalu baru rasanya berweekend..INI dah nk weekend balik dah...

Pada aku..bila sampai weekend LA..masa aku nak explore aka menlanjan dapur aku....nak mencuba resepi2 baru yg aku Google sepanjang minggu...kira nak buat weekend project...yang bestnya kat ofis aku ada byk geng perangai sama mcm aku...masak2 tangkap gambar...kira buat n mencabar diri..berjaya ke tidak..

Sekarang mood membaking dah ke laut ..ke daratt...OK Jom aku share resepi cucuq UFO aku..walaupun tak lawo mana seperti kakak aku buat tapi OK LA for beginner

Check it out

gambar yang di atas cucur jawa ni ..hasil kakak aku ..dia memang dah pro..kemain lagi boncet nya...siap dah menjual sekarang.. hihih
kira ok la tu kan ..practise make perfect  
 
 
cucur ini masak dari bahagian tepi then perlahan-lahan ke tengah
 memang dia masak bek bek bek..sabo jer kena tunggu
dah nama kuih tradisional kan..
bila dah agak-agak masak..then korang terbalik kan
 
taraaa..UFO dah jadi
 
 
 
ini gula merah + gula putih +air -di masakan dan di sejukan sebelum masukan tepung
 
masukkan tepung
 
 
 
perap selama lebih 3 jam..baru bleh goreng..tgk hasil dia ada sikit buih-buih... kalau likat sangat bleh tambah air panas sikit..dalam tu...
 
kata kakak aku dia pakai kuali yang  paling kecik..yang besar tapak tangan tu..
untuk yang goreng telur tu...aku memang tak hado la..pakai jer yg mana hado
 
tu yang hasil dia cantik sgt tu.. buncit jer cucur jawa dia..jeles ko!!...
. dah dasar kuali tu kecil n dalam.
 
Cucur Jawa UFO
 - versi Cik Puan Anzalna-

1 1/2 cwn gula merah #
1/2 cawan gula pasir #
2 cawan air #

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
sedikit garam

cara2:
- masak bersama bahan2 bertanda #  hingga larut. sejukkan
- tuang dalam adunan tepung dan garam kacau sebati dengan handwhisk kalau tak ada ..korang sendukkan ajer pun bleh.. then tapis kan..takut ada tepung ketul2 lagi...
- perap adunan sekurang-kurangnya 3 jam.. lagi lama lagi bagus

 - panaskan minyak sedikt
(bukan byk mcm deep fry yer, cukup sekadar dapat goreng 1 keping cucur )
minyak  dan api kena maintain kepanasanya..
jgn plak main kejap besar kecip kecik api tu..hihi..kena byk sabar ok

 - sendukkan adunan dalam minyak dan goreng hingga bahagian tengahnya menggelembung.
 baru di terbalikkan
- goreng satu per satu hingga habis

Sunday, October 26, 2014

Rojak buah....rojak buah...

Heloo....selamat berhujung minggu...tercapai jugak hasrat nak mkn rojak Buah...dap dap...

Ala beli kat pasar mlm saja pun...nak kasi layoq kat hampa semua...padahal dah settle abis dah pun..hihi...rasanya? boley la kalau makcik in kasi pedas bykan buah mangga..bleh aku BG 5 bintang..hehehe

.tapi yang paling best rojak buah...in the world dekat depan kamdar ke Nagoya sungai petani tu...tangkap leleh tu...pedas siut....kuah level taraf kuah rojak mak b ...

walaupun aku makan masa mengandungkan ashraf 4 tahun dulu masih aku teringat tu...pakcik tu berniaga pakai Lori putih tu..entah ada lagi ke tak...kalau aku ni duk Penang..memang cheq perjah nu...

OK tata...korg buat APA weekend gini?

Saturday, October 25, 2014

Barang sudah ku beli...jadinya belum tentu lagi......


Rasa-rasanya apa LA cik Anna kita ni nak masak..hahaha..

.eh...sebelum tu..saja nak share..tak sangka pudding jagung in jadi entries yg ke 300...kira OK latu...blogger suam2 kuku mcm aku ni...

Dari 2009 berbloging...kejap timbul ..lama tenggelamnya... byk tu LA jadi entrinya...kui kui kui..doa2 aku rajin merakam merekod .aktiviti aku kat sini...buat tatapan yg tersayang nanti..tak kisah la en somi..anak2 atau adik beradik aku termasukla korg yer...
ada ilmu kita share utk faedah bersama...kalau menda2 merepek ikut kepala hangguk aku ni...korg cuba2 LA hadam....bukan APA kadang2 effect depression...hahhahah

Ok berbalik dgn bahan2 aku yg selambak tu...ala bagi korg master2 chef mesti dah tau dah...nak buat pudding jagung LA tu....lama dah x buat benda .teringin LA pulak....aku ni desert2 modern ni...kurang skit...lagi lama masakan tu lagi lagend...yg baru Cuba jugak...tapi yg mana den suko jer la

Nantikan outcome dia hari ni atau esok....tak sabarnya nak makan sebekas pudding jagung...hamek kau nak Sgt mkn kan!

OK tata...muaaahhh..
.