Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1kg daging- di hiris nipis-nipis
1/4 cawan kerisik 1 biji kelapa-ambik santannya
garam
asam keping
****BAHAN KISAR**
2 labu bawang besar
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering
***BAHAN MAYANG ***
2 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
Cara-cara
- Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
- Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan asam keping, garam
- Masukkan bahan-bahan yang di kisar tadi
- Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
- Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
- PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
masa aku makan ni..aku cuma buat rendang jer...ketupat aku beli pasar malam jer..sonang..takkan semua benda nak masak kan.... resepi sedap giler ahhh...pada aku... so pada yg nak mencuba2 tu bley la cuba resepi ni.....semua main lambak2 jer.... insyaalah sedap la...lain org lain gaya nya..ada yg still tumis ..ada yg style buh rempah kurma bila nak wat rendang...tapi ini versi org Kuala Kangsar ar...
nanti bila senang2 aku kongsikan plak resepi wat rendang tok....pyior dari org Perak
No comments:
Post a Comment
WhAt dO u tHiNk?