Wednesday, April 25, 2012

Kek Pisang versi Steam Bath

 Ini Projek Last Weekend.. semangat nak mengabiskan barang2 kek yang dah lama tersimpan dlm peti ais tu..siap buat bread butter puding lagi sekali .....minggu lepas sebiji minggu ni sebiji lagi...

daripada brg 2 expired baik aku abis kan cepat2..nanti takut lepas bersalin mood masak2 kek ni mesti ke lautnya...
 kek pisang pisang moist!! tapi mcm tak best la..x mcm jual kat kedai-runcit tu... x keras... peroi sgt...mcm versi chocolate moist kek la...

 hihihih..yang hitam-hitam atas kek tu sebenarnya chocolate chip yang belang2 tu..bila bakar... terus jadi 100% black chocolate chip.....

RESEPI KEK PISANG

 Bahan-Bahan:


3 biji telur

¾ cawan minyak

¾ cawan gula

2-3 cawan tepung

1 sudu teh soda bikarbonat

1 ½ sudu teh tepung penaik

5 biji pisang emas dilenyek

Secubit garam

Cara:

Pukul telur dan gula sehingga kembang.

Selepas itu , masukkan minyak dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan pisang yang dilenyek tadi,soda bikarbonat,tepung penaik dan garam.

Masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan marjerin.

 Bakar dalam masa 1 jam cara steam bath 180'c ( letakan air dlm tray oven) bakar sekali....


 
Resepi di kongsi daripada Mesra.net

2 comments:

  1. kek pisang cenggini le yg i suka.. lembut terburai2 gitu.. rasa pisang kuat tak?

    ReplyDelete
  2. norah: kalu nak wat style kenny roger memangla kena jadi mcm ni la sya... pisang i guna banyak gak...so memang terasa la...i rasa masak style nih..susah la .. lambat sikit nak masak...takot x masak tgh2...

    tapi i suka yg style homemade punya... bakar terus...

    ReplyDelete

WhAt dO u tHiNk?