boleh sekali masak ni lagi... next time nak masak kat umah MIL lah...dorang satu famili suka sgt seafood2 ni..kalu di KK umah mak aku..kureng skit...asyik2 ikan ngan siput air tawar jer la...agaknya sebab penang tu dekat ngan laut dorg suka la seafood..dah Kuala Kangsar dekat ngan Sungai perak maka lain tak ada..ikan lampam jer lah..hihhi
500gm lala
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
6 biji cili kering
2 btg serai/ daun limau purut
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar sos tiram & sos tomato
Garam dan gula
3 sudu besar minyak masak
* optional: Tambah cili api untuk yang suka lebih pedas
Cara-cara
1.Lala di rendam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan.
2 kisar lumat bawang kecil, cili kering dan bawang putih
3.Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang di tumbuk tadi. dan biarkan seketika agar cili masak.
4. Masukkan Daun Limau purut/ Serai ke dalam tumisan.
5.Masukkan sos tiram dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.
6.Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
7.Masukkan lala dan tutup periuk seketika (dalam 3 hingga 5 minit) 10.Lepas 3 hingga 5 minit, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk nih kering sangat. Dan bagi yang suka extra pedas, boleh masukkan cili api yang telah di racik.
bila nak main masak2 macam dulu cik ezan oii? rindu la kat u :(
ReplyDelete